Life is unpredictable
Karangan Manusia Links Credit Assalamualaikum & haiii. Selamat menjejakkan kaki ke sini. Nanti dah keluar jangan segan datang jenguk lagi k ^__________^
What would you do?
Monday, December 26, 2016 | 0 comments
Imagine that you are a girl, driving alone around 6.45 am in the morning (where the sky is still dark & quiet surrounding) and suddenly a stranger man came out of nowhere tried to stop your car. He was standing in the middle of the road til you have to handle your steering immediately to the right just in case you afraid that your car might hit him.

So, what would you do ?

berdebar, serius. syukur sangat masa elak tu takde kereta bertembung dari belah sana
ingat Tuhan je masa tu tak ingat apa dah


sebenarnya few days sebelum aku baru lepas accident. syukur Allah panjangkan nyawa lagi. lately banyak sangat benda jadi hmm, tengah study week pulak tu. pray for me guys
.
Wednesday, September 21, 2016 | 0 comments
hii
hm pernah tak rasa macam nak give up sangatttttttt
you wanna give up really bad but at some points you just cant
basically i did everything for whom i love and yet sacrifice all my feelings

entahlah, kadang2 aku tertanya tanya diri aku sendiri. betul ke apa yg aku buat ni? betul ke pilihan aku ni? end up aku tak tahu apa yg aku nak. boleh aku achieve semua tu?

rasa nak give up sangat tapi tak boleh. buntu sangat rasa

i wish i can speak the truth. tapi aku takut, takut ada hati yg kecewa

penat dah nak pura pura kuat. pretends that i love every single thing

they said try to like what you're doing but it was hard

cuba bertahan selagi boleh

ya Allah, tolong yakinkan aku ni jalan yg terbaik
Confuse
Monday, August 15, 2016 | 0 comments
Situasi 1 : kita prepare sungguh2, salin every details explaination takut ter miss point yg lecturer bagi and this is what he told us

do not waste your time, everything was in the notes


Situasi 2 : kita watlek watpeace dengar je apa yg lecturer bagi sambil pandang muka dia

haa dah pandai sangat la tu taknak salin 

siapa pernah kena macam niiiiiiii. angkat tangan. serba salah rasa, lain lecturer lain cara nak jaga hati dia kan. tak boleh nak puaskan hati semua orang
Tunang orang ke?
Saturday, August 13, 2016 | 0 comments


Pada satu tengah hari yg hening….

Lokasi : smktpptm (boleh google sbb malas nak type nama penuh)

Sorang junior datang kat aku nak salam, aku pun hulur tangan. Sebelum dia sambut tangan aku tu sempat dia kasi heart attack jap

“kak hana, a*** tanya kak hana dah tunang ke?”
“a*** mana?”
“a*** ******”
“kenapa tanya camtu”
“sebab dia tengok kak hana pakai cincin”
“hari ni tak pakai pun” *sambil goyang jari jemari acah diva*

Senyum.

Aku pun buat ekspresi muka terkejut, kononnya. Tapi takde la terkejut mana sebab tu bukan kali pertama dapat soalan ala ala KBAT. So dah boleh jawab secara tenang. Kiranya budak ni yang ke…..ok tak ingat dah orang keberapa tembak soalan yg sama

Maksudnya betul la fakta jari yg pakai cincin tanda dah berpunya, bukan mitos eh??

Ke hadapan kaum wanita kat luar sana, salah satu tips nak selamatkan diri daripada diganggu oleh buaya buaya darat boleh cuba sarung cincin kat jari. InsyaAllah selamat. Jari manis tau, engko jgn nak buat pelik pakai kat ibu jari pulak aku potong jari tu satgi

Dan sebut pasal cincin…ada satu zaman aku pakai cincin silver yg sepuluh hengget, snap la gambo sebab sayang sangat sampai buat dp whatsapp. Tetiba ada sorang senior tegur on the spot 

cantik cincin, kalau pakai jari manis lagi cantik

Haaa tak ingat sangat ayatnya mcm mana tapi lebih kurang la. Pastu ada lagi sambungan. Nak cakap yg dia tegur tak elok pakai cincin selain jari manis dgn kelingking. Nak pakai kat jari kaki pun boleh as long as lagi tiga jari tu nehi okeyy



Sebelum aku terlupa, niat asal tadi memang nak tulis pasal tunang tapi kemain menyimpang jauh sangat dah. I guess this is the topic yg agak diminati oleh generasi Y

Ni apa yg aku dengar pak ostad dalam tv cakap, bukan memandai reka tau

Hadis nabi ; 
“…hujung pertunangan tu ada dua pengakhiran, 
sama ada diteruskan dgn perkahwinan atau sebaliknya…”

Well dalam Islam sebenarnya tunang ni tempoh berkenalan. Tak perlu dihebohkan, sebab masa ni la nak kenal agak2 orang tu ok ke tak, betul ke kita nak live in future dengan dia, kalau setuju boleh proceed kalau tak, boleh putuskan secara baik tanpa perbalahan mana2 pihak atau terputus silaturahim antara dua keluarga

Zaman sekarang majlis tunang punya lah grand dah siap pelamin besor kalah nak bersanding, boleh baring kuak lentang lagi atas tu. Tetamu pun ramai betei datang. Aku bukan nak bash mana2 pihak, up to you lah majlis korang kan. It was just based on my own opinion, macam membazir sangat, boleh guna untuk benda yg lagi perlu kot. Mungkin diorang memang duit berkepuk bawah bantal tak muat nak isi dalam bank, boleh derma kat spesies student macam aku untuk buat belanja kat ipt, kami lebih memerlukan hahaha.  Ingat lagi masa kecik dolu dolu, ikut majlis tunang pakcik, family terdekat je yg pegi rumah perempuan. No kenduri, just a simple ceremony & meal for us. Paling tragis…….pakcik tak boleh ikut, hang duduk diam kat rumah. Memang debor ah tunggu rombongan balik confirm tak senang duduk

Dah besar kan, pandai2 la buat keputusan kita ni nak ikut adat ke syariat .

Ada jugak sesetengah kes anak nak buat ala kadar, tapi parents pulak nak besar besaran.

Selain daripada soalan ala ala KBAT tadi, satu ayat famous yg aku selalu dapat jugak
JANGAN LUPA HANTAR KAD KAWEN
Awaaaa. Kad matrik adalah, nak?

Mohon jangan risau, panjang umur, sampai masa nanti aku tak suruk benda macam ni, takde la sampai tahap viral melampau tapi member2 rapat haruslah tau kalau tak sape nak basuh periuk belanga nanti kahkah



STATUS : Janda.
sickkk of youuu
Wednesday, August 10, 2016 | 0 comments

tengah syok scroll handphone mcm biasa merepek kat twitter, promote bisnes kat fesbuk, dapat whatsapp sorang member ni, sepatutnya dia cod barang hantar kat rumah tapi sebab tak sihat so tak dapat nak hantar pada hari yg dijanjikan.. and i told her sokeyy

"bisnes, bisnes jugak kesihatan kena jaga"

fulamakk nasihat orang bukan main engko ye. aku ke ni? bagi nasihat? macam la diri sendiri jaga kesihatan sangat. takde, its actually on my point of view sebab aku pun buat part time bisnes. kena pandai manage masa, jaga kesihatan jugak sebab bila dah sakit nanti secara tak langsung effect benda lain sekali, mak ayah pun susah nak jaga kita. tapi kalau dah memang ditakdirkan sakit jugak nak buat cane redha la kan, kita dah mencegah kira effort dah tu

lain orang lain antibodi, so now aku nak habaq sikit la pasai antibodi yg menginap dalam badan aku ni.. aku sendiri tak paham antibodi jenis hape benda dia ni, adudu agaknya, tak pun probe sebab aku jenis yang sangattt jarang demam, but once aku demam akan dapat demam yang teruk gila namateyy (╥﹏╥) demam campur batuk muntah menggigil pakej lengkap! sejak dari sekolah menengah kalau tak silap. dan aku boleh kira berapa kali aku demam hardcore punya dari sekolah sampai dah besor panjang sebab jarang kena kan. last kena masa sem 1 kat u, hari yg last exam paper pulak tu, can you imagine ? dan yg tu memang demam paling tragis dari sebelum2 ni, sampai tahap tak reti nak gambarkan dgn perkataan. kira mcm dulu dah pernah kena dua tiga kali yg teruk, but that one berkali ganda teruk lagi. campur dgn homesick, darab dgn stress maybe. masa tu nak nangis tak berlagu pun tak guna dah. nak study satu apa pun tak boleh. tawakal & redha je masuk dewan exam, nasib baik tak kena repeat paper tu hahaha
thats why kalau setakat selsema pening lalat sikit2 tu aku pejam mata je, means takkan buat gabra nak amek ubat terus..

antibodi korang pelik mcm aku tak ?

tapi waktu sakit jauh dari mak ayah ni la kita boleh tengok sape yg betul2 concern betul2 ada waktu susah senang

sakit tiap bulan lain pulak cite dia
kesian laki aku nanti, mohon bersabo banyakbanyak
Seminar Pengurusan Harta Islam
Tuesday, August 9, 2016 | 0 comments

bismillah..
seminar, sound like serious kan uuu
minggu lepas mak tunjuk iklan pasal seminar ni, dia dapat dari group whatsapp. engko jangan main2 para ibu zaman sekarang group dia lagi banyak berbanding kita, lagi double triple busy bak hang
bila baca details pasal seminar tu agak berminat and nak join lagipun memang mencari je pape program kalau boleh taknak bazir masa cuti..dapat msg hari jumaat tgh hari pastu plan nak bagi nama tapi yelahh kita hanya mampu merancang kahkah. lepas asar tertido then sedar dah pukul 6 lebih kot, terlepas dah masa nak bagi nama. supposed to submit my name before 5pm. mula nak gelabah, but you know me jenis degil, dengan muka tembok whastapp je la orang yg berkenaan tanya boleh bagi nama lagi tak? by the time tunggu dia respond aku pun tweet ajak sape2 yg berminat sebab segan nak pi sorang and one of my senior, kak izzah nak ikut. then orang tu pulak cakap boleh lagi bagi nama cuma belum confirm, kalau ada kosong dapat lah. so bagi lah tiga nama, aku, kak izzah dgn mak dia sekali. tetiba check email hari sabtu malam dapat confirmation boleh join alhamdulillah

it was held yesterday dekat hotel sri manja, organized by Prudential. dekat je, thats why nak join macam rugi kalau tak follow kan. berapa langkah je dari rumah haa. k tipu, kena naik kereta jugak. kalau ikutkan kena bayar yuran RM20, tapi ada seorang hamba Allah ni sponsor untuk kitorang bertiga. alhamdulillah rezeki, Allah je yg mampu balas. yg bagi talk semalam lawyer. masa first nampak tu dok ckp dalam hati "kenapa mcm selalu tengok eh dia ni" rupanya memang selalu keluar tv, newspaper, radio. i was like, wowww lawyer wowww. amazed gila sebab aku time kecik dulu konon cita2 nak jadi lawyer, kenapa? sebab terpengaruh tengok drama cina petang2 hahaha. sekarang pun dah jadi lawyer what, loyer buruk :p

Tuan Haji Rafie Omar, try lah google nama dia confirm keluar. risau gak nak pi mula2 sebab dah lama cuti dah lama tak masuk lecture takut tertidoq je dalam dewan dgn aircond bagai. luckily im not, yeayy me! best gila tuan haji tu bagi talk, selit dgn humors dok gelak je la kerja sakit perut weh. and input pun serius bagus sangattt, banyak pasal hibah takaful. dulu belajar kan time spm tapi takde la sampai basic lagi pun kalau tanye sekarang lupa dah lol

lepas seminar ni i realised something yang kita memang kena amek tau & belajar lagi pasal pengurusan harta. tak kira la untuk sekarang atau masa akan datang. complex sangat. bukan apa, takut kita terambil benda yg bukan hak kita atau tak pulangkan hak orang, either one.

nah lanje gambar satu

next program kursus formula tajwid sabtu ni, ada yg nak teman kita tak ? pm tepi


syukur
Monday, August 8, 2016 | 0 comments
alang alang dah buat comeback, scroll la post lama2 dulu. Allahu, sedih sangat rasa.. sedih kenapa, sebab tengok gambar zaman kurang pengetahuan agama. boleh kata zaman jahil hmm. kadang2 kita ni dalam penggunaan sosial media  selalu terlupa, tak perasan. yes dulu mungkin lah tak tahu, sekarang dah ada sikit ilmu tu jom sama2 cuba ubah. malu sangat tengok gambar yg tak sempurna tahap penjagaan aurat, sumpah. its not the matter pasal gambar je, tapi diri sendiri. means that apa yg ada dalam gambar tu, macam tu ke aku pakai dulu? nak nanges tepi bucu katil... sekarang pun tak berani nak cakap aku ni 100% sempurna jaga tapi masih dalam proses nak baiki diri. awak kalau ada ter-post mana2 gambar saya yg incomplete cover aurat mintak tolong delete ye mekasihhh. pasal pos yang tulis merepek tu takde apa sangat, senyum je kalau baca "aku type macam ni ke dulu?" haha

oh one more thing, let say kalau kita dah dlm proses nak baiki diri tu, please jangan nak mula selfish pulaukan kawan2 yg belum faham. dont leave them, but walk beside them :)
ni berdasarkan apa yg aku nampak sendiri , awak cukup beruntung Allah bukak pintu hati awak utk jaga apa yg sepatutnya tapi awak pandang rendah dekat org yg belum dapat hidayah Dia, nahh you're somewhere wrong sister

back to the topic, part paling sedih bila aku baca satu per satu update pasal akif dari kecik. from the first moment akif kena air panas sampai next treatment... walaupun dah berapa tahun insiden tu jadi, bila tengok balik gambar rasa macam fresh lagi depan mata. always note that, semua benda akan ada hikmah. mungkin bukan sekarang, tapi masa akan datang, insyaAllah

syukur ya Allah


Older Post