Life is unpredictable
Karangan Manusia Links Credit Assalamualaikum & haiii. Selamat menjejakkan kaki ke sini. Nanti dah keluar jangan segan datang jenguk lagi k ^__________^
Seminar Pengurusan Harta Islam
Tuesday, August 9, 2016 | 0 comments

bismillah..
seminar, sound like serious kan uuu
minggu lepas mak tunjuk iklan pasal seminar ni, dia dapat dari group whatsapp. engko jangan main2 para ibu zaman sekarang group dia lagi banyak berbanding kita, lagi double triple busy bak hang
bila baca details pasal seminar tu agak berminat and nak join lagipun memang mencari je pape program kalau boleh taknak bazir masa cuti..dapat msg hari jumaat tgh hari pastu plan nak bagi nama tapi yelahh kita hanya mampu merancang kahkah. lepas asar tertido then sedar dah pukul 6 lebih kot, terlepas dah masa nak bagi nama. supposed to submit my name before 5pm. mula nak gelabah, but you know me jenis degil, dengan muka tembok whastapp je la orang yg berkenaan tanya boleh bagi nama lagi tak? by the time tunggu dia respond aku pun tweet ajak sape2 yg berminat sebab segan nak pi sorang and one of my senior, kak izzah nak ikut. then orang tu pulak cakap boleh lagi bagi nama cuma belum confirm, kalau ada kosong dapat lah. so bagi lah tiga nama, aku, kak izzah dgn mak dia sekali. tetiba check email hari sabtu malam dapat confirmation boleh join alhamdulillah

it was held yesterday dekat hotel sri manja, organized by Prudential. dekat je, thats why nak join macam rugi kalau tak follow kan. berapa langkah je dari rumah haa. k tipu, kena naik kereta jugak. kalau ikutkan kena bayar yuran RM20, tapi ada seorang hamba Allah ni sponsor untuk kitorang bertiga. alhamdulillah rezeki, Allah je yg mampu balas. yg bagi talk semalam lawyer. masa first nampak tu dok ckp dalam hati "kenapa mcm selalu tengok eh dia ni" rupanya memang selalu keluar tv, newspaper, radio. i was like, wowww lawyer wowww. amazed gila sebab aku time kecik dulu konon cita2 nak jadi lawyer, kenapa? sebab terpengaruh tengok drama cina petang2 hahaha. sekarang pun dah jadi lawyer what, loyer buruk :p

Tuan Haji Rafie Omar, try lah google nama dia confirm keluar. risau gak nak pi mula2 sebab dah lama cuti dah lama tak masuk lecture takut tertidoq je dalam dewan dgn aircond bagai. luckily im not, yeayy me! best gila tuan haji tu bagi talk, selit dgn humors dok gelak je la kerja sakit perut weh. and input pun serius bagus sangattt, banyak pasal hibah takaful. dulu belajar kan time spm tapi takde la sampai basic lagi pun kalau tanye sekarang lupa dah lol

lepas seminar ni i realised something yang kita memang kena amek tau & belajar lagi pasal pengurusan harta. tak kira la untuk sekarang atau masa akan datang. complex sangat. bukan apa, takut kita terambil benda yg bukan hak kita atau tak pulangkan hak orang, either one.

nah lanje gambar satu

next program kursus formula tajwid sabtu ni, ada yg nak teman kita tak ? pm tepi



Older Post | Newer Post