Life is unpredictable
Karangan Manusia Links Credit Assalamualaikum & haiii. Selamat menjejakkan kaki ke sini. Nanti dah keluar jangan segan datang jenguk lagi k ^__________^
comeback
Monday, August 8, 2016 | 0 comments
hola ! puhh puhh (tiup habuk dalam blog)
macam yg aku cakap, punya lah lama tak jenguk, serius terkejut tengok blog kawan2. ada la sempat jenguk satu dua blog and i was soooooooo impressed. semua lawa meletopz, aku sendiri pun tak ingat sangat dah step nak tukar blogskin bagai hehe

habis lah awakkk, kita dah start pegang keyboard ni takut tak leh stop je satgi. emm ada lagi ke yg sudi nak baca? kalau ada mekasih sudi singgah baca kita bebel entah hape benda kan

since aku dah meninggalkan dunia maya ni agak lama, so sekarang aku nak share balik la roughly and shortly sedikit sebanyak perjalanan daripada lepas spm sampai sekarang..

lepas spm dulu ada la buat part time sikit kat butik & online bussiness. nak cite lebih2 tak part ni? macam tak penting sangat tapi nak recall jugak (aku dah kata jangan bagi dia pegang keyboard)
masa jaga butik tu ok lah, not bad. ada masa boring, ada masa best. butik tu main outfit dia tudung lah tapi tudung sarung yg jenis layer giteww yg biasanya mak mak atau wanita bekerjaya pakai. aku memang tak reti nak pakai sebab rasa macam sangat tak sesuai dgn muka kot. on that time jumpa la macam2 gelagat customer. kita ni dah kerja, layan je lah kan. from there i started to learn how to handle people. sangat berbeza yg mana sebelum ni setakat jaga koperasi kat sekolah layan bebudak ni nak hadap org lagi dewasa fuhh. tapiiiiiiii yg aku nak share kat sini, aku tak faham kenapa ada orang sanggup beli tudung yg harga sampai beratus. sometimes i wonder, aku nanti dah kerja mcm tu jugak ke? hahaha yelahh tudung kat situ harga paling cikai boleh kata 40 lebih tapi kalau stok baru sampai confirm 80++ and customer datang grab dua tiga helai macam beli ikan kat pasar. melopong aku menengoknya tapi takde la tunjuk depan diorang, dalam hati je la. shawl tudung yg aku pakai semua 10 hengget ke bawah kot kahkah

online bussiness pulak jual soka socks. colourful warna yg aku amek. alhamdulillah masyuk la jugak tapi aku tak ingat untung tu aku guna buat apa muehehehe dasarrr kan

tu semua some part waktu cuti lah sementara menunggu result. then rezeki dapat matriks. jauh ke kayangan depa hantaq ceq. Kolej Matrikulasi Perlis. ni kalau aku tulis a sampai z apa yg jadi sepanjang setahun tu mau tak muat blog, kalau rajin buat stau entry betul utk KMP je insyaAllah..

takde apa sangat kot in between matriks dgn u. banyak masa habiskan dgn family sebab matriks sangat pack, pastu jarang gila balik sbb jauh so memang aku qada' kaw kaw punya masa kat rumah

bla bla bla then keluar lah pulak result upu degree. alhamdulillah rezeki dapat IPTA. walaupun memula agak berat hati nak pegi tapi bila dah fikir dgn waras, mesti ada hikmah kan apa yg Allah bagi. istikharah and i got the answer, cekalkan hati so aku pun cuba
eh lupa nak cakap. rezeki ceq lagi sekali lepas kat kayangan haaa. harap2 jangan la melekat dgn orang sana. Degree in Integrated Electronic Engineering Technology Universiti Malaysia Perlis. so now, currently aku ulang alik Perlis - Pahang. kira macam perlis tu negeri sementara la, sementara je k. tiga tahun lagi mereput kat sana. tapi so far alhamdulillah surrounding nak belajar tu ok je, cuma meroyan sebab jauh ha ha ha. dalam masa yg sama syukur sebab aku memang tak suka surrounding yg sesak sibuk macam kat keyell, mungkin tu sebab Allah campak kat sana, husnuzon. kadang2 tak semestinya apa yg kita nak tu baik untuk kita dan sebaliknya, Dia lagi tau kan. salute gila dgn kawan yg dah sampai sabah, sarawak, even ada yg fly indon & banyak lagi tempat jauh2. kuatnya semangat diorang. i wish i can be like them too in order to face this upcoming life. mintak doa please :)

sekarang, tengah menghabiskan sisa cuti yg berbaki sebelum masuk sem 3. kalau boleh suruh jam tu gerak, nak dia gerak palinnnnggggggg slow yg dia boleh. kurang dari sebulan lagi nak balik sana dah sobs

sepanjang cuti sem drpd sebelum raya hari tu, weekdays akan ada kat rumah, suri rumah separuh masa sambil beronline bussiness lagi, dok cod barang dekat customer. weekend pulak akan full sama ada balik kampung atau isi dgn any program.. and, tambah lagi satu, part time pokemon trainer kahkah. mohon jangan kecam



i think that should be more than enough for a comeback hehe
jumpa lagi insyaAllah. salam sayang, senyum sikit awak yg baca tu :) bye


Older Post | Newer Post