deep
Saturday, December 28, 2013 | 0 comments
Assalamualaikum.
berita semasa : budak lepasan spm, sedang cuba menghasilkan cuti yg produktif kepada agama, bangsa dan negara walaupun tak berapa nak menjadi or in other words trying to waste my time wisely(?)
Baiklah murid-murid. selesakan diri, pakai tali pinggang keselamatan anda, bersedia untuk membaca. hehh tak lawak pun, sape cakap lawak
memandangkan tahun 2013 dah sampai ke penghujung, macam biasa bermulalah sesi siap sedia untuk tahun depan, bersedia untuk kerja bagi ibu ibu bapak bapak dan bersedia untuk belajor bagi pelajar
waktu macam ni lah akan famous amous promosi pakaian seragam sekolah, alat tulis, buku etc dalam tv, fesbuk, instagram, tewittttttter, corong radio dan kereta sorong. eh ?
dan waktu macam ni jugak lah kedai buku sekolah atau nama manjanya, koperasi mula menjalankan urusniaga. bila tak cukup kakitangan, ehem lepasan sekolah macam kitorang ni pun dipanggil untuk menolong. tolong menyibuk
dipendekkan cerita, ada lah satu dua benda ni kan pelajar wajib beli. hmm
penjual : adik, yg ni wajib beli *sambil tunjuk dlm list*
pembeli : saya tak cukup duit
Allah. luluh hati ni bila dengar
ye, tak dinafikan mungkin kalau kita tengok harga macam "alahh berapa ringgit je pun" alhamdulillah Dia bagi rezeki lebih mampu nak beli tu semua. tapi ada segolongan yang sehabis mungkin nak cut cost sebab kurang bernasib baik
bila tengok parent datang beli buku untuk anak anak, terus teringat dekat mak dengan abah. senarai bukunya memang dah disediakan, tinggal nak confirm je nak beli yang mana atau nak kurangkan jumlah dia. masa nak confirmkan apa buku yang nak dibeli tu, ada parent yang jenis "amek lah semua" ada jugak yang riak muka macam..Allahurabbi tak reti nak bayangkan macam mana. sebak kat situ jugak. memikirkan tengah kerja dan ada depan orang ramai, sedaya upaya cuba tahan. yg pasti semua ibu bapa nak yg terbaik untuk anak diorang
buku nota perhimpunan, pelajar wajib beli.
kenapa ? pengetua suruh.
kenapa pengetua suruh ? pelajar taknak buat catatan masa perhimpunan.
life cycle, penyebabnya pelajar sendiri dan akan berbalik kepada pelajar tu semula.
flashback dua tiga kali, aku antara pelajar yang ada persepsi common macam pelajar lain yang tak pernah reti nak bawak benda alah tu time perhimpunan. kalau cikgu lalu kat sebelah, menggelabah cari kertas dgn pen berlakon buat2 tulis something. and it was end up with mrs.principal taking that action 'mewajibkan semua pelajar beli nota perhimpunan'
terbayang muka parent dan adik yang kat atas tadi tu.
GULP.