Life is unpredictable
Karangan Manusia Links Credit Assalamualaikum & haiii. Selamat menjejakkan kaki ke sini. Nanti dah keluar jangan segan datang jenguk lagi k ^__________^
bangkit anak muda, bangkit !
Sunday, March 31, 2013 | 0 comments
AMARAN. sebelum jari meng-scroll ke bawah, post ini lebih berunsur kepada monolog dalaman. insan yg kuat mentalnya sahaja dibenarkan untuk melangkah masuk. sekian terima kasih

Assalamualaikum awak, awak, awak dan awak! biawak takde kat sini

izinkan patik, eh salah. izinkan saya meluahkan rasa kuciwa daku terhadap si dia. haihhh kenapa lah. berbalik kepada post saya yang ini impian dah menjadi kenangan. say bye bye to Pengajian Islam dan Bahasa Arab. spm nanti takde peluang dah nak tambah matapelajaran tu dekat smktpptm. baik, tolong jangan tanya nama penuh sekolah tu. hmm bukan rezeki saya. andai itu takdirNya, insyaAllah cuba redha. kalau fikirkan apa yg jadi sebelum ni, mungkin salah saya? oke tak baik mengenang benda yg dah lepas. jadikan pengajaran :')

tapi tak tahu lah kenapa sejak tahu berita tu kecewa dia lain macam. boleh kata frust menonggeng lah, cuma tak sampai tahap duduk tertonggeng lagi. kalah orang putus cinta. hilang semangat nak buat semua benda. masih dalam aras normal. sedar diri ni sampai bila nak terus jatuh, tapi semangat tetap jugak tak datang. perasaan yg duduk himpit diri ni dah datang balik. satu perasaan macam dulu, tak reti nak gambarkan dengan kata-kata. cuti ni macam tak jadi je apa yg dirancang. i was like....why the hell you're being like this? damn wake up please! yaa stop talking about this. orang yg tak faham tetap takkan faham.

bukan taknak buat. duduk berkepit dengan buku dua puluh empat jam. tapi, Tuhan je lah yg tau bila perasaan tu ikut sibuk menyemak dalam hidup. pengaruh luar? tak jugak. twitter, dah selamat dikebumikan. kononnya taknak jadi orang ketiga dalam hidup. hasil dia? tetap sama. makin teruk adalah.

waktu-waktu macam ni, bila duduk berdua dengan Dia alhamdulillah tenang sekejap. tapi semangat tu masih belum dijumpai. kelibat pun tak nampak. hilang entah ke mana

syarahan Bahasa Arab on 020413
bismillahirahmanirrahim..
she really needs your prayer right now. so please? :)


Older Post | Newer Post