Life is unpredictable
Karangan Manusia Links Credit Assalamualaikum & haiii. Selamat menjejakkan kaki ke sini. Nanti dah keluar jangan segan datang jenguk lagi k ^__________^
virus encik feluw
Thursday, February 28, 2013 | 0 comments

tamat menulis karangan, sampai ke nokhtah terkahir, hampir menambah smiley di hujung ayat :)
nasib baik tak buat lagi, terus bermonolog dalam hati

eh, ni kan karangan exam


demam peperiksaan berkunjung datang. demam saya pun menyusul tak lama kemudian.
pada asalnya normal, tapi tu lah... masa hari pertama peperiksaan, terperangkap dekat sekolah sampai petang. hujan turun dengan lebatnya tanpa menghiraukan kami yang tak lepas untuk pulang ke rumah :(

walau macam mana pun, kena bersyukur. hujan tu rahmat hujan tu rezeki. ada faham?

memandangkan saya dan rakan-rakan masih lagi pelajar yang tak reti nak fikir panjang, kami pun mengambil keputusan untuk...... hehehe *sambil buat muka comel dan suspicious*

"mana budak tiga orang tadi?" DAH HILANG!
hanya tiga buah beg sahaja yg kelihatan bersandar pada dinding

tiga orang tu merujuk pada saya dengan rakan-rakan lah. cari punya cari, dah lepas atas padang. amboi bermandi sungai korang ye, eh salah. bermandi hujan -.-

bukan main seronok sampai tak sedar diri nak balik. disebabkan saya ni pejalan kaki tegar, rasa macam menang cabutan bertuah bila ada orang sudi tumpangkan hantar balik ke rumah. awww. sampai tengah jalan, kawan saya lagi sorang tu pun mintak kereta berhenti sebab dah nak sampai rumah beliau. yang saya ni tak tau la kenapa mengada ngada sangat nak turun kat situ jugak. padahal orang offer hantar sampai rumah. ishh segan sebenarnya. dah la membasahkan tempat duduk kereta orang. kalau hantar sampai betul2 depan pintu pagar rumah nanti lagi lah segan kuasa lapan. saya pun meneruskan perjalanan pulang ke pangkal jalan sambil menempuh onak duri [hipppppperbola]

sebenarnya, niat nak sambung mandi hujan. sambil menyelam minum air. hihi

tak sempat 24 jam pun, malam tu dah bersin sampai dua tiga puluh kali.
hari ni, jawab exam ditemani oleh beberapa dozen tisu. tahniah !


Older Post | Newer Post