Life is unpredictable
Karangan Manusia Links Credit Assalamualaikum & haiii. Selamat menjejakkan kaki ke sini. Nanti dah keluar jangan segan datang jenguk lagi k ^__________^
make up, girls (?)
Monday, September 17, 2012 | 0 comments
hai assalamualaikum. how are you? harap sihat lah semua. kalau sakit tu reti2 la makan ubat, kalau taknak sudah. haha. but remember, Dia yg bagi sakit dan Dia yg sembuhkan. makan la ubat semahal mana pun kalau lupa pasal Dia it was worthless. well just saying~

terasa macam lama pulak menghilangkan diri drpd dunia blog ni. cehh padahal baru berapa hari, tak sampai minggu pun lagi apatah lagi bulan.. i mean lama tak 'bercakap'. bercakap yg saya maksudkan macam yg tengah buat sekarang ni lah, menaip apa yang terlintas dalam otak ikhlas dari hati. lg senang nak bagi faham, buat karangan. haa sebelum ni macam banyak gambar je. bosan jugak bila scroll down penuh dgn gambar(kantoi stalk blog sendiri :P)

di saat ini, sedang jari jemari saya tekun berlari di atas papan kekunci, cuaca di luar sangat gelap(sebab dah malam) dan hujan turun mencurah curah membasahi bumi. perlulah anda ketahui bahawa hujan tersebut bukan disebabkan suara 'merdu' saya kerana sudah agak lama saya tidak menyumbangkan suara sepanjang hari ini. lol. punya lah panjang dan gramatisnye ayat mengalahkan novel just nak cakap salah satu waktu mustajab nak berdoa time hujan. so, doa lah banyak2 :)

macam biasa saya memang suka melencong sebelum bukak topik yg saya nak. melencong bukan melancong

     <-- motif ?

soalan pertama, bila korang tengok gambar tu kan apa korang akan describe. it should be MAKE UP kan?
soalan kedua, apa definisi make up?




jawapan soalan pertama : terpulang pada individu
jawapan soalan kedua : terpulang pada individu jugak tapi bagi saya lebih kurang macam gambar kat atas ni lah. can you get it?
perempuan dengan make up, yes it was normal. pelik pulak kalau make up tu disinonimkan dengan lelaki. err. cuma saya pelik dengan persepsi orang sekeliling saya pasal make up ni.. saya ni kalau pelik memang saya akan terus bertanya sampai saya dapat jawapan. tapi sayang, sampai sekarang benda pelik tu tetap nampak pelik tanpa jawapan ~

dipendekkan cerita yg tak berapa nak panjang ni, saya bersiap depan cermin. tetiba anak sedara saya tenung dalam tempoh yg agak lama then cakap "macam kucing lahh..."

ok part tu takde kaitan pun sebenarnye :p

sambung balik, saya bersiap depan cermin. bersiap macam mana? just put on a little compact powder, lipbalm and wear my tudung. tibatiba ade lah satu suara yang berbunyi dalam nada yang memerli(perhaps) "pakai makeup..." kejadian ni banyak kali dah jadi. orang yg berbeza, dan orang yg sama dua tiga kali. kalau cakap sekali tu tak kisah lah kan, mungkin dia nak bergurau. tapi kalau dah sampai empat lima kali cerita benda yg sama nak muntah jugak dengar. bila jumpa dengan orang lain dia pun heboh la cakap yg saya ni pakai makeup. like seriously? memang lah saya pelik sangat sangat sangat sangat sangat....... sebab muka kita yang orang cakap pucat ni dikatakan ber-make-up , habis muka orang yang dah macam buku mewarna tu???

first, compact powder tu pakai sebab muka berminyak. second, lipbalm sebab nak elak bibir kering. takkan sebab faktor tu pun org nak label kita macam kita ni selok sangat nak makeup? bukan tak pernah pakai, memang la pernah. tapi saya dah lama tinggal benda alah tu semua. dah dua tiga bulan kalau tak silap..

hmm buat lah macam mana pun, baik ke buruk ke orang sibuk care hal kita jugak. manusia memang sibuk tentang hal orang lain berbanding diri sendiri

btw, girls kalau awak nak make up tu make up lah. tak salah. tapi jangan sampai tabarruj k. Allah itu cantik dan sukakan kecantikan ^_^

no need make up to cover up being the way that you are is enough #np
ehh sorry! ingat twitter tadi. hahaha

Older Post | Newer Post