Life is unpredictable
Karangan Manusia Links Credit Assalamualaikum & haiii. Selamat menjejakkan kaki ke sini. Nanti dah keluar jangan segan datang jenguk lagi k ^__________^
panjang macam...
Saturday, August 4, 2012 | 0 comments
assalamualaikum. sihat semua? kalau tak saya doakan awak, awak doakan saya. saling mendoakan ~ hihi

16 Ramadhan already. lepas dah hari 15 Ramadhan yg katanya ade sesuatu berlaku sebelum ni. but alhamdulillah takde pape jadi. cuma jangan nak judge sesiapa dalam hal ni sebab lain org lain pendapat. jangan over sangat sampai syirik dah la. lagi pun benda tu based on satu hadis dhaif. ustazah cakap hadis dhaif tu lebih kurang macam tak masuk dalam list hadis yang teguh tapi masih boleh diamalkan. mana tau memang akan jadi pape lepas ni... contoh paling senang, mungkin hadis tu menekankan tentang kiamat. wallahualam..

menaipnya saya di sini adalah untuk memberitahu tentang something jugak. tapi sebelum tu saya nak korang wish HAPPY BIRTHDAY cepat. hahaha. 11 Ramadhan lepas birthday saya :) alhamdulillah bernafas lagi. k sambung pasal tadi,
semalam hari Jumaat kan. bulan puasa kan.. kalau kaitkan dua benda tu pun kita macam dah terfikir berkat kan? berapa banyak kan dah... pagi semalam Allah dah amek sorang saudara seislam kita. daripada Dia kita datang kepada Dia kita kembali. i would prefer to call her kakak. akak tu anak kawan mak dgn abah. duduk area im2 jugak. i think maybe ade yang kenal kot. memang saya tak pernah kenal akak tu tapi tak tau la kenapa rasa macam nak cakap je pasal dia. hmm dengar apa yg orang cakap akak tu pun orang baik. umur muda lagi, dia baru je kawen berapa bulan im not sure. dia meninggal sebab cancer dan masa meninggal tu dia tengah mengandung dua bulan :| beruntung sangat kan dia meninggal bulan berkat, hari Jumaat pulak tu. rasanya kita pun tau org2 tertentu je yg meninggal hari Jumaat ni. subhanallah~ kita taknak ke jadi macam tu? selama ni dia sihat je, seminggu ni lah yg baru masuk hospital and tahu pasal penyakit dia, rupa2nya semalam... bukan nak cakap apa tapi kalau dah sampai masa kita tak cepat sesaat dan tak lambat sesaat pun. moga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman. Al-Fatihah..

nak sambung taip ke taknak? sambung je la :P

ni dah minggu ketiga balik kampung. lol. tiap minggu. dah la Akif pun menyibuk balik jugak. oh btw for those yg tak kenal nama yg saya mentionkan, Akif tu adik bongsu saya. k tak baik menipu bulan puasa~ budak kecik tu anak sedara saya.. mulut dia very the bising you know. rasa nak stapler je kadang2. tapi kalau takde kang rindu pulak. haha tu lah manusia

jap fikir nak cakap pasal apa. banyak sangat isu semasa ni -.- nak cakap pasal personal ke sekolah? oke sy bg keutamaan dekat sekolah. nampak tak punya syg nye dekat sekolah? haha fake. sempena bulan puasa ni dah tukar jadual baru. tak tau la berapa banyak kali tukar dah. tak kesah la cikgu nak tukar 50 kali pun as long as jangan bagi balik pukul 5 sudah. maklum la, calon sekolah kluster kan. mintak2 tak dapat! kalau dapat pun sila tunggu i habis form5 ye. hahaha

bm bi math sejarah agama kimia fizik addmath bio. subjek teras tu oke lah, but subjek2 science tu makin lama makin.... err sambung lah sendiri. so adik2 lepas ni sila fikir masak masak sebelum amek science stream or else you going to end up like me. kalau taknak fikir masak masak pergi masuk dapur main masak masak~

kelas kitorang masa belajar pendidikan islam, kalau satu topik tu mesti menyeleweng ke topik yg lain. contoh, politik. or baru2 ni topik kawen.. tak paham la bebudak ni. saya rasa topik tu complicated kot, form5 nanti baru belajar. diulangi, form5. so many things dengan rukun, syarat, cerai segala bagai. yg budak laki pulak bukan main lagi suka bab poligami, amboi.. saya tak dengar sgt cuma yg saya tau kalau dah kawen duit suami duit kita, duit kita still duit kita jugak. HAHA. k gurau

semalam ade discussion. tapi yg ni bukan ustazah kelas kitorang tau, ustazah lain. kawan saya tanya kenapa perempuan cepat terasa atau lebih mudah lagi, kita boleh label sensitif. kadang2 benda tu kecik je. ustazah cakap, perempuan memang diciptakan dengan kelembutan, simbolik kepada perhiasan. so perempuan tak boleh kalau orang2 kasar dengan dia. memang fitrah macam tu. so kaum Adam sekalian please take note that ye. heee

sebelum Akif menyanyi sudah cukap sudah, baiklah saya mengundur diri. lega dapat cipta satu entry panjang mengela. haha you know me, kalau tengah mood tak stabil jadi macam ni lah :)
Older Post | Newer Post